Sabtu, 31 Oktober 2009

Sofea...dan Hari Kanak-Kanak 2009


30 Oktober 2009...sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat Sekolah...Okay seronok juga tengok murid-murid enjoy... Kali ini Sofea menari tarian renek....kelakar tengok anak menari.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Bertongkat............


Inilah kakak, antara kawan karib di tempat kerja.....kesian,,baru-baru ni kaki terseliuh...walaupun bertongkat tetap ke tempat kerja..kerana mc dah abis....inilah namanya guru yang komited...kalau diukur daripada tempoh perkhidmatan cukup mengagumkan.....walaupun tinggal 6 tahun lagi untuk bersara tapi kekuatan, komitmen macam baru setahun bertugas...penuh semangat!...ini yang patut kita contohi. Buat PUAN NORLAILA ABU SAMAH kami tabik dengan dedikasi yang dipamerkan.

Kenangan 2009


Hari sesi bergambar bersama kawan-kawan di sekolah..........okaylah walaupun guna camera tak canggih mana namun masih boleh mengabadikan kenangan...

Khamis, 22 Oktober 2009

Hasil Kerja-Claymation...

April lalu.....kursus dalaman....diwajibkan, maka kami warga bilik JED ditunjukcara untuk membuat claymation -gabungan clay+animation = nampak mudah tapi remeh...Inilah hasil kerja warga bilik JED dalam tempoh masa yang singkat...................

Rabu, 21 Oktober 2009

Taiping.........

Melawat BUKIT LARUT.............. 15 tahun dahulu kami (rakan sekolej - MP Seri Pinang) pernah mendaki , senang cerita berjalan kaki menaiki bukit ini, namun sekarang setelah masa berlalu... lain ceritanya...naik landrover..mak datuk menakutkan...rasanya ini yang terakhir. Apa tidaknya cerun bukan setakat45 darjah, tapi rasa2nya adayang 90 darjah. Antara nak pening, muntah.... tak tahan.... Apapun inilah pengalaman namanya. Sesiapa yang nak merasa kegayatan silalah ke BUKIT LARUT.................

Selasa, 20 Oktober 2009

POLIGAMI...

Hari ini perbincangan santai antara kaum ibu dan bapa............
Isu poligami.... mudah saja lelaki punya alasan mudah...inginkan poligami kerana menyayangi isteri di akhirat nanti dengan menghadiahkan payung emas.... nampak simbolik.. PAYUNG EMAS.....namun perjalanan itu tidak mudah.... ada hati mampu menerimanya atau kerana terpaksa 'redha" atas dasar tuntutan agama. Tapi naluri semulajadi wanita...tidak mahu berkongsi kasih..... maka ada yang sanggup memilih jalan sendiri. Yang tiada kudrat harus menerima kenyataan w/pun pahit.................... demi anak. WANITA LEMBUT HATINYA SANGGUP TIADA 'HATI" LAGI DEMI ANAK2 YANG PERLUKAN KASIH SAYANG SEORANG BAPA....TAPI SIAPA TAHU, HATI WANITA ITU SEBENARNYA TELAH MATI SEBELUM JASADNYA MATI....

Ayam masak Kuning

1 Ekor ayam- potong dan bersihkan.
3 batang serai
1 inci halia
1 labu bawang besar, 4 biji bawang merah dan5 ulas bawang putih
1 biji kelapa
asam jawa
2 sudu ketumbar, 3/4 sudu jintan manis dan 1/2 sudu jintan putih
Cili padi - jika ingin pedas.
sedikit minyak untuk menumis...

Cara2:
1. Tumis bawang2+halia+ 1 batang serai+ ketumbar + jintan2 yang telah di'blend' hingga naik bau.
2. Masukkan ayam hingga nampak layu, masukkan sedikit santan cair hingga 3 suku masak.
3. Masukkan serai n cili padi, masukkan santan pekat serta garam dan bahan perasa(jika suka), juga masukkan air asam.
Jika telah berpuas hati dengan rasanya...dan dah masak. Boleh dihidang bersama nasi yang panas@...
SELAMT MENCUBA..............

Isnin, 19 Oktober 2009

Dah lama tak update............

rasa lama tak menjengah blog.....tak perasan masa berlalu pantas sekali...raya baru je habis....tahun ni takde rumah terbuka....ada perancangan lain. Anyway hidup terus kedepan...bukan toleh ke belakang.....