15 Nov 2010- Tarikh keramat yang aku tak akan lupakan sampai bila2. Berpunca daripada jadi penama kereta menjadi satu pengajaran besar buat semua. Bila pemakai gagal melunaskan hutang hingga saman mahkamah diterima...inilah pengajaran buat semua. Mana tidaknya...aku terpaksa cuti CRK untuk hadir di mahkamah B. Pahat!!!.... kali pertama menjejakkan kaki..seram sejuk. Tanpa rasa malu..tanya pak guard dan sesiapa saja...tentang prosedur...dapat gambaran....
Tika menunggu...banyak yang aku saksikan...trak polis bawa pesalah penagih...satu trak!!!...semua melayu. Dan yang menyentuh ada mamat yang lembik longlai...bak mayat bernyawa. tak mampu berdiri...Kata suami....dah habis dah tu.....sedih pun ada. Dalam hati berbisik kalau aku punya sakti akan aku ubati tadi mamat tadi....apa nak buat , itu pilihan hidup dia.
Berbalik pada kes mahkamah....tepat 9 lebih melangkah aku masuk bilik sivil....memerhatikan apa yang berlangsung.....satu-satu kes selesai...dan akhirnya selesai semua!!!...Kes aku?????....Alhamdulillah Allah Maha Mengetahui...Kes dibatalkan sebab dah bayar ....Namun aku tak tau yang kes dah settle...Apapun banyak perkara aku pelajari......kali pertama harus menundukkan kepala bila hakim masuk!!!...real!.....nak gelak pun ada!....Apapun banyak lagi tak mampu tertulis disini yang pasti, biarlah yang ini cepat berlalu.....
Sabtu, 11 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan