Jumaat, 29 Januari 2010

Antara kegembiraan & tanggungjawab...

29hb Jan 2010, Jumaat - Hari yang penuh bererti....antara gembira dan situasi yang bakal dihadapi. Gembira kerana telah diumumkan secara rasmi dan penyampaian watikah Anugerah Sekoah Berprestasi Tinggi(SBT) di Sek.Aminuddin Baki KL. Manakan tidak .....tentunya aku dan cikgu2 yang lain gembira kerana kami adalah 'bahagian' dalam organisasi ini. Seperti biasa....setibanya di sekolah aku mula melakukan apa yang patut...kali ini buat persiapan launching Hari Wilayah...apalagi aku masukkan cebisan kertas ke dalam gulungan banner yang bakal di tarik oleh perasmi nanti....siap semuanya aku disapa oleh Pn Ng (Room mate JED room)...'Pergi SBT ari ni...' selamba dia berkata denganku....aku buat tak tau dan tak ambil beratpun maklum aku rasakan mungkin dia bergurau tanpa aku fahami maksudnya. Aku lupakan semuanya....
Sementara menanti majlis perasmian ...aku berborak sekejap dengan Hazrah....dan terlihat aku kelibat GB yang baru sampai....' Haslimah....jom ikut saya pergi SBT'...Haaa!!!! Apa ni terkejut aku......teringat aku gurauan Pn Ng tadi...la rupanya GB dah plan semalam nak bawa aku sekali bersama untuk menerimaan watikah SBT. Mulalah aku berdiskusi@pujuk Gb supaya bawa saja orang lain....dengan alasan baju tak cantiklah@ ada kelas pagi ni @tak bersedia @ bawa cikgu lain.....namun Gb ada alasan kukuh SU Peperiksaan kenalah pergi ...senang lah nak jawab sekiranya berlaku apa2 nanti.......antara hati yang berbelah bagi bersiaplah aku...tukar kasut tutup@cari name tag@ bagi kerja pada murid......maklum aku kan 'low profile orangnya w/pun sedikit tegas..'.....
Bersama kami ialah mantan YDP Datin Seri Dr Maison,, YDP SBU Puan fauziah Jamaluddin disamping Cikgu Rahim (ITC@jurugambar@Orang Kanan). Pergilah kami dengan menaiki kereta besar Dr Maison ( Merz Benz 4W Drive)...besar gile...kalau tak kerana acara ini....tak mungkin aku merasa naik kereta mahal ni.......Siap buat joke..."Dr, duduk belakang rasa`macam boslah..."
Setibanya di majlis itu.......menanti TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal tiba jam 9.00 am........ada getar terasa di jiwa.....oh..betapa bertuahnya aku menjadi warga SBU!!!....jika dihitung tak ku mampu menuliskan pahit, getir, suka , duka bersama SBU......Dalam apa sekalipun untuk mencapai sesuatu pasti duri, onak dan liku perlu ditempuh.......bukan senang untuk kami peroleh semua ini.Hanya jauhari yang mengenal manikam......buat mereka yang prejudis@ sentiasa tuding jari@ ada dengki di hati tentunya tak mampu kami huraikan bagaimana perjalanan organisasi kami....biarlah menjadi rahsia.....tidak akan luak dan kudis dengan kata2 yang kurang enak didengar...... Dalam ucapan Tan Sri merujuk kriteria SBT ianya bukan senang untuk melepasinya.......ibarat melompat di atas palang yang tinggi.....sedangkan terasa diri tak termampu.....tapi hakikatnya...SBU telah berjaya!!!! antara percaya ataupun tidak.
Gembira yang mendatang perlu kami lalui....maka bagaimana harus terus berada di kelompok ini....bukan senang ..Kalau aku jadi GB botak dan gugur rambutku memikirkan sekolah.......dalam kalangan Sekolah rendah seluruh Malayia ...SBU berada di tempat pertama. Bayangkan betapa beratnya tanggungjawab GB & kami kini.....apalagi yang perlu ditingkatkan...Yang perlu diubah...Yang perlu diwujudkan...Yang perlu kami ciptakan.....inilah beban dan tanggungjawab yang harus dipikul.Suka atau tidak perlu ditempuh. Buat rakan2 yang komited dengan tugas...tahniah....tidak kira di mana kita berada ...dicerok mana kita berbudi....ingatlah ALLAH sentiasa ADA....bukan untuk meriak dan menyombong diri..tapi inlah tanggungajawab yang perlu digalas setiap hari.


Me, Puan Fauziah , GB, Datin Dr Maison & Cikgu Rahim

Ahad, 24 Januari 2010

Beratnya kepala....

Hari ini banyak perkara yang berlaku....dan yang paling memberatkan kepala bila kerja datang serentak....memang aku telah maklum perkara ini, tapi nak buat macamana. Sekolah mahukan plan tu dengan cepat...pastu...tugasan belum dihantar dahlah tak faham...baca buku dah berulang tapi macam kurang maklumat.Itulah padahnya.....bila berguru...tapi masih susah untuk memahami.Maklum baru nak mengengsot......Paling malang, bila soalan2 yang aku gubal untuk murid2 dalam blog...hilang sebelum sempat publish..walhal selama ini ia autosave.....hairan aku...Mungkin inilah yang dinamakan dugaan...bila yang biasa menjadi sesuatu yang sukar.....

Ahad, 17 Januari 2010

Kena Spam.....

Semalam dapat emel daripada Blogger.Com...mengatakan...blog kena Spam....manalah blog ni ada unsur-unsur fitnah dan kontroversi......kenapa boleh sebegini. Mungkin ada orang lain report....agaknyalah...anyway...anyhow....hanya ALLAH yang tahu. Sedih...kalau kena spam..menangis tak berlagulah nampaknya.

Sabtu, 16 Januari 2010

Bermulalah segalanya....

16 & 17 Jan 2010 (Sabtu dan Ahad)- Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi ++....keletihan melanda dengan apa yang sepatutnya berlaku dan ku jalani....sekejap tadi tulis blog mengenai apa yang terjadi hari ini...mengenai aku dan....ada suka dan pastinya tugasanku bertambah!!!! Apa boleh buat kerana ini pilihanku.
Mungkin esok (hari ini) kami dan 2 orang adik ipar akan ke Perak. Urusan keluarga yang perlu diselesaikan ( a bit important)...related with my sister in-law personal matter....I don't know what is the ending of the story about her...but ,I talked to my husband..do and show her your cares.No matter what....both of u are brother n sister. Kerana aku 'kaki jalan' penat macamana pun aku nak ikut juga mereka ke Perak...maklum bukan selalu ke negeri itu......ke sana bukan untuk holiday...tapi sekadar cuci mata...maklum hari Ahad then Isnin working day....tentunya Isnin aku kepenatan. Dannnnnnnn.....Ms`Power Point for Monday lesson...haven't do yet!!!! adus!!!!!! kebabboooooom...hangitlah aku....monolog hati yang penat....wassalam. Me and Wawa (masa baby) : 11 tahun ++ yang lalu......

Rabu, 13 Januari 2010

Tiada yang menarik......

Dua tiga hari ini...tiada apa yang menarik.....hanya rutin2 yang gitu-gitu.....penat dan penat!!!....cuma menunggu pengumuman Sekolah Prestasi Tinggi....sekular dah sampai...pengumuman belum....kalaulah dapat 2 bulan bonus........namun kali ni dah ada yang menunggu giliran( takleh nak simpan leeee...)...hahaha...kalau tak buat itu ,kena buat yang ini.....kalau tidak wah....haslimah kaya sekejap!!!!!....Yelah..kadangkala sesuatu perkara itu datang dalam situasi dan keadaan yang serentak dan kebetulan...dan dalam keadaan kebetulan inilah yang memburu kita menjadi buntu.....kalut dan pening. Yang paling tidak sabar ku tunggu cepatlah masa berlalu...dan aku rindu bulan Nov dan Dis 2010...hahaha cuti sekolah!!!!!!! (ringan kepala). Berangan lah aku seketika...'kalaulah suamiku jutawan...tentunya aku hartawan' hahahaha...dan lelaki yang jutawan tentunya...hatinya pun 'juta-juta' dengan wanita lain....Oh..tidak2!!!! biarlah suamiku seadanya....bersyukur!!!!! (jangan marah wahai kakandaku...)

Hidup kami....

Inilah kami.......slide kesayangan yang hilang....kini ku simpan kembali....

Ahad, 10 Januari 2010

Rakan baru.....

8 & 9 Jan 2010- Hari yang agak sibuk dengan perjalanan dan aktiviti yang sepatutnya.....ada kebimbangan dan kegembiraan.....Namun bertemu 4 rakan baru yang boleh huha-huha ( sekepala) semalam...masing-masing nampak peramah.....apapun diucapkan SELAMAT DATANG dalam perjalanan hidup saya...Buat Cikgu Samsuri (Kelantan) orang pertama yang menegur dan menjadi kawan, Jenniffer (Sabah) yang 'hot n available', Kak Linda (Rozlinda) nampak muda w/pun dah 40+...and Tuty (Ratnawati) yang 'happening'...dua-dua dari Selangor...Berharap agar persahabatan ini terus mewangi......semoga kita semua (rakan-rakan lain) sampai ke matlamatnya.......go mom!!!!!

Selasa, 5 Januari 2010

Hari Yang Biasa....

3 Jan 2010 - 3 ekor burung yang baru dibeli hanya tinggal kenangan...2 terlepas dari kurungan...maka Si Bonda menasihatkan putera dan puterinya2 supaya melepaskan seekor burung yang tinggal.....biarlah kau bebas di luar sana.....

4 Jan 2010- Inilah kali pertama dalam tempoh hampir 15+ menjadi guru ....aku mengajar anakku sendiri di dalam kelas untuk subjek BM sahaja ...... unfortunately...I'm not teaching him SC subject (but the rest three classes- yes).....the solution: I've to spend a few time at home just 4 him n his sister to guide them....

Sabtu, 2 Januari 2010

Kisah Coco dan 3 ekor burung....



Inilah Coco.....yang keseorangan setelah White and Whico meninggalkannya(mati)...Bermula dari 3 ekor anak arnab yang berusia 2 minggu hinggalah kini sudah lebih kurang 6 bulan. White mati tak diketahui punca...keluar lendir ...mungkin sakit dalaman.....Untuk Whico pula agak tragis....manakan tidak, ketika pulang ke kampung kami bawa pulang Whico n Coco...maklum cuti agak lama takut tak terurus....Petang yang sama jugalah Whico menemui ajal....hajat hati membiarkan Whico n Coco bebas ke sini sana di bawah pengawasan suami dan anak-anak....tanpa diduga..Si Hitam (kucing malaun ) menerkam Whico tanpa apa2 isyarat!!!!..Menjerit anak...berkejarlah Sang Ayah mengekorinya (hajat hati ingin berlaku hero)....Siap Si ibu(me) turut mengepung kawasan semak.Tapi sayang...sekelip mata Whico telah tiada...sedih! memang sedih!...maklum Sang Ibu (me)agak obsess dengan arnab!...Kini tinggallah Coco sendirian dan tidak berteman.....tidak mungkin kami akan mencarikan jodoh memandangkan kos makan dan proses penyelenggaran agak leceh.....Kuat makan betul si Coco ni....
Inilah pets terbaru (1 Jan 2010).....atas permintaan si Sofea yang beria-ia nakkan burung yang 3 ekor ini (nama burung pun kami tak tahu)....ini semua tak disengajakan setelah terrrrrsingah di kedai haiwan peliharaan. Nampaknya kalau diikutkan hati.....rumah ni boleh jadi zoo nanti.

Jumaat, 1 Januari 2010

Kawan lama@ part 2

Entah kenapa sejak akhir2 ini ramai kekawan lama contact balik....seronok tak terhingga. Hari ini pukul 10.20 malam (1 Jan 2009- Jumaat)..dapt call dari orang Kedah...sape lagi kalau bukan ZALEHA MAD DESA ..... dia kawan lama masa kat Bukit Bintang @ Seri Bintang.....telah berpindah ke langkawi sebelum ke tempat sekarang Jitra (kediaman sendiri).....Lama borak..tak terhingga perbualan kami...sampai suami garu kepala...dan telur masin yang direbus sampai kering air...hangus sikit..nasib baik.Borak sakanlah kami...seronoknya!!!!!!...tanya itu ini...macam tak cukup mulut nak cakap. Apapun ini mungkin hadiah Tahun Baru 2010.......selain 2 kegembiraan yang lain.......Alhamdulillah....Terima kasih ALLAH.( Leha - bertudung putih hitam) Ingat lagi tak masa ni...lawatan ke SK Putrajaya 2 - Masa tu sekolah bestari baru je dilancarkan. Dalam Malaysia masa tu sekolah rendah bestari cuma 4 je...(SK Putrajaya 1&2 and SK Bukit Bintang 1&2).......masa tu kita berkerja keras betul...maklum sekolah dah disytiharkan bestari..tapi prasarana takde....bila mula di Seri Bintang barulah boleh menarik nafas lega.............