Jumaat, 29 Januari 2010

Antara kegembiraan & tanggungjawab...

29hb Jan 2010, Jumaat - Hari yang penuh bererti....antara gembira dan situasi yang bakal dihadapi. Gembira kerana telah diumumkan secara rasmi dan penyampaian watikah Anugerah Sekoah Berprestasi Tinggi(SBT) di Sek.Aminuddin Baki KL. Manakan tidak .....tentunya aku dan cikgu2 yang lain gembira kerana kami adalah 'bahagian' dalam organisasi ini. Seperti biasa....setibanya di sekolah aku mula melakukan apa yang patut...kali ini buat persiapan launching Hari Wilayah...apalagi aku masukkan cebisan kertas ke dalam gulungan banner yang bakal di tarik oleh perasmi nanti....siap semuanya aku disapa oleh Pn Ng (Room mate JED room)...'Pergi SBT ari ni...' selamba dia berkata denganku....aku buat tak tau dan tak ambil beratpun maklum aku rasakan mungkin dia bergurau tanpa aku fahami maksudnya. Aku lupakan semuanya....
Sementara menanti majlis perasmian ...aku berborak sekejap dengan Hazrah....dan terlihat aku kelibat GB yang baru sampai....' Haslimah....jom ikut saya pergi SBT'...Haaa!!!! Apa ni terkejut aku......teringat aku gurauan Pn Ng tadi...la rupanya GB dah plan semalam nak bawa aku sekali bersama untuk menerimaan watikah SBT. Mulalah aku berdiskusi@pujuk Gb supaya bawa saja orang lain....dengan alasan baju tak cantiklah@ ada kelas pagi ni @tak bersedia @ bawa cikgu lain.....namun Gb ada alasan kukuh SU Peperiksaan kenalah pergi ...senang lah nak jawab sekiranya berlaku apa2 nanti.......antara hati yang berbelah bagi bersiaplah aku...tukar kasut tutup@cari name tag@ bagi kerja pada murid......maklum aku kan 'low profile orangnya w/pun sedikit tegas..'.....
Bersama kami ialah mantan YDP Datin Seri Dr Maison,, YDP SBU Puan fauziah Jamaluddin disamping Cikgu Rahim (ITC@jurugambar@Orang Kanan). Pergilah kami dengan menaiki kereta besar Dr Maison ( Merz Benz 4W Drive)...besar gile...kalau tak kerana acara ini....tak mungkin aku merasa naik kereta mahal ni.......Siap buat joke..."Dr, duduk belakang rasa`macam boslah..."
Setibanya di majlis itu.......menanti TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal tiba jam 9.00 am........ada getar terasa di jiwa.....oh..betapa bertuahnya aku menjadi warga SBU!!!....jika dihitung tak ku mampu menuliskan pahit, getir, suka , duka bersama SBU......Dalam apa sekalipun untuk mencapai sesuatu pasti duri, onak dan liku perlu ditempuh.......bukan senang untuk kami peroleh semua ini.Hanya jauhari yang mengenal manikam......buat mereka yang prejudis@ sentiasa tuding jari@ ada dengki di hati tentunya tak mampu kami huraikan bagaimana perjalanan organisasi kami....biarlah menjadi rahsia.....tidak akan luak dan kudis dengan kata2 yang kurang enak didengar...... Dalam ucapan Tan Sri merujuk kriteria SBT ianya bukan senang untuk melepasinya.......ibarat melompat di atas palang yang tinggi.....sedangkan terasa diri tak termampu.....tapi hakikatnya...SBU telah berjaya!!!! antara percaya ataupun tidak.
Gembira yang mendatang perlu kami lalui....maka bagaimana harus terus berada di kelompok ini....bukan senang ..Kalau aku jadi GB botak dan gugur rambutku memikirkan sekolah.......dalam kalangan Sekolah rendah seluruh Malayia ...SBU berada di tempat pertama. Bayangkan betapa beratnya tanggungjawab GB & kami kini.....apalagi yang perlu ditingkatkan...Yang perlu diubah...Yang perlu diwujudkan...Yang perlu kami ciptakan.....inilah beban dan tanggungjawab yang harus dipikul.Suka atau tidak perlu ditempuh. Buat rakan2 yang komited dengan tugas...tahniah....tidak kira di mana kita berada ...dicerok mana kita berbudi....ingatlah ALLAH sentiasa ADA....bukan untuk meriak dan menyombong diri..tapi inlah tanggungajawab yang perlu digalas setiap hari.


Me, Puan Fauziah , GB, Datin Dr Maison & Cikgu Rahim

2 ulasan:

  1. syabas Has.. seronok tengok gambar ni..

    BalasPadam
  2. Zana ... Muszaffar pun tersenarai SBT tu......

    BalasPadam