Ahad, 6 Disember 2009

Untukmu....Anne (Allahyarham Rosniyati Md Yasan)


Bagaimana harusku tuliskan catatan ini.....Untukmu teman baikku semasa di maktab tiada apa yang ku lakukan kecuali Al-Fatihah buatmu.....Aku dan Anne memang rapat di maktab, w/pun berlainan jurusan dan kelas,malahan walaupun rumah berlainan. Tapi kami serasi....dia baik hati....itu yang mudah saya berkawan dengannya. Anne aku kenali ketika sama2 mendaftar,dia yang menegurku ....semenjak itu kami rapat. Kalau dia tidak bersama teman sekelasnya pasti kami akan berdua berjumpa. Entahlah....bagiku Anne orangnya baik itu sahaja. Pernah di maktab di meminati bidang fotografi...masa tu Anne mampu membeli kamera idamanya...more than 1 thousand....dia sanggup membelinya semata-mata sukakan bidang ini. Seperti yang sedia maklum,Anne berkawan dengan teman sekelas Zuraimi Ahmad...sehinggalah mereka berkahwin. Aku sempat menghadirinya majlis perkahwinannya....Setelah masing2 posting ke tempat yang ditawarkan Anne dan Zuraimi posting di Melaka (negeri kelahiran Anne). Maka..bermulalah jarak pemisahan kami.Masa tu h/phone belum popular....mahal gila dan besar cam botol air. Ada tak de kami berhubung dengan telefon biasa....Masa berlalu...aku kurang berhubung,maklum masing2 sibuk.Ada juga suara nakalnya berbisik...amboi tak ingat kawan katanya..Oh tidak!...w/pun tak berhubung namun kenangan kita di Penang tetap dalam ingatan. Dua kali aku pernah ke rumah orang tua Anne di Kg Tedung ,Merlimau.
Setelah aku berumahtangga pada 1997, sekitar 2003/2004 aku sendiri pun sudah lupa....aku menerima panggilan telefon dari sahabatku dari Kedah ..Kak Shamsiah Darakta...Aku teruja..kebetulan aku tak pernah menerima call darinya...namun aku begitu terkejut...dia mengkhabarkan Anne telah tiada...Hingga kini setiap kali teringatkannya bergenang airmata ini....sesungguhnya Anne..aku terkilan,kerana aku ingin berjumpa dengannya dan mengajaknya turun ke KL.....namun yang pasti itu semua tidak akan berlaku. Banyak kenangan antara kami..yang lucu yang sedih semua ada.Namun kami tak pernah berkecil hati....biarlah ia tetap menjadi rahsia dan memori antara kami....

Pernah juga aku bertembung dengan Anne di UKM...kebetulan peperiksaan. W/pun aku yang dahulu mendaftar di UKM namun aku banyak menangguhkan sesetengah subjek..maklum sudah berkeluarga dan aku tak reti memandu....Anne masih macam dulu juga... Dan berbalik kepada kisah khabaran berita yang dia telah tiada...aku terduduk!...tak terkata. Mujur suami ada...aku tak mampu menceritakan kepada suamiku namun dia faham..hanya airmata yang mengalir..aku cuba menghubungi Zuraimi...kenapa jadi begini...Oh Tuhan , anne keguguran anak ke 2,dan pendarahan.Itu puncanya.Memang sedia maklum,Anne agak lambat untuk peroleh cahayamata,banyak ikhtiar yang pernah dilakukannya. Alhamdulillah Anne dikurniakan cahayamata (putera) tak silap saya. Namun rezeki kali kedua tak kesampaian ...pergi bersama ibunya....Untukmu ROSNIYATI MD YASAN...biarpun kau telah tiada namun ku rasakan kau tetap ada.....Sayang Selalu untukmu Arwah Anne....AL-FATIHAH.....

Penghargaan...



Apa makna penghargaan?....macam-macam ada!. Terima kasih, senyuman, salam dan anggukan sudah cukup menggambarkan tanda penghargaan. Setelah 15 Tahun berkhidmat sebagai guru....tanda penghargaan untuk para guru ialah ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG. Kalau dulu-dulu siapa yang dapat anugerah , tangga gaji akan naik tak kira melintang atau menegak. Sekarang sistem dah berubah....dapat anugerah ganjarannya berbeza. Untuk rakan2 MPSP saya rasa mungkin dah banyak kali...kalian menerimanya..tahniah, untuk diri saya cuma 2 kali sahaja. cukuplah....orang yang melihat dan ALLAH yang menentukan. Setakat bisikan nakal/cemburu dengan anugerah ini biarkan....ALLAH yang mengetahui segalanya.
Anugerah/Penghargaan kali pertama untuk Tahun 1999- Khabar berita disampaikan oleh rakan,maklum masa tu tengah berpantang anak kedua. Syukur..Alhamdulillah,Tapi dalam hati berbisik...ALLAH tahu apa yang telah kita lakukan, bukan minta dibalas tapi itu urusan ALLAH. Sememamngnya sekolah lama (SK Pudu 2) ada mencalonkan..tapi reject, tak cukup servis/matang!...tak kisahlah.Bila masuk SK Bukit Bintang 1, rezeki diberi.
Anugerah Kali kedua pun diterima masa pantang anak ke 5 (Zahra)...itu untuk Khidmat Cemerlang 2007. Syukur....Sesungguhnya kita bukanlah yang terbaik, namum berusahalah kita untuk sentiasa`menjadi yang terbaik.

Kisah Aku sebagai Guru

Bila ditanya apakah kepuasan semasa bekerja telah tercapai....untuk diri saya...jawapannya tak pasti. Setelah 15 tahun menjadi cikgu..banyak perkara telah dipelajari. Antara kebodohan yang tak akan saya lupakan bila tahun pertama memegang S/U PIBG, rasa2 tahun 1995...terlalu fresh...nak tau apa yang berlaku.....Masa lantikan itu, okaylah saya terima...orang dah bagi, ambik tanggungjawab. Tiba masa untuk mesyuarat induk kali pertama- tak ingat masa tu gantikan siapa..Maka AJK semua dah sampai...duduk-duduk...dan saya pun ikut duduk. Last2 YDP PIBG bertanya..kita go through saja minit mesyuarat lalu....semua orang memandang saya...saya pun terpinga-pinga2...kenapa?!!!! Laaaaa....saya tak taupun saya yang kena sediakan minit lalu!!!!! alamak, apa ni..saya ingat S/U cuma catat saja..bodohnya saya rasa ketika itu. Lagipun nobody tell me what should I do during the meeting, that was my first time....Oh Tuhan! malu tak terkata, nasib baik GB back-up...Oh , Haslimah orang baru...kah-kah-kah...saya malu tak terkira. Maklum masa tu ex-s/u didn't tell me anything!. Sooo berjalan mesyuarat tanpa minit!... Namun itu semua kenangan .Kadang2 benda kecil kalau tak ada sesiapa bagitahu kita pun tak tahu!...Tapi itulah pengajaran yang terbaik untuk saya. Dan nak tau siapa YDP PIBG masa tu....Masa tu En Ahmad Shabery Chik , now dah Datuk/Menteri Penerangan the latest Menteri Belia dan Sukan.

Kad Raya Zaman Lampau...............



Hahahaha............hari ini berkesempatan godam n belek modul/buku2 lama kat almari. Tujuan nak cari buku kerja Sains yang pernah saya tulis......cari punya cari tak jumpa.Ah...malaslah,penat je. Tup-tup jumpa kad raya lama yang ada bunyi2....rasa orang sekarang tak pakai dah..belek2 punya gelek, la kad raya tahun 1997 maksudnya hampir kad yang berusia 12 tahun dulu. Sapa lagi...tuan yang bagi dah tentulah...suami saya sekarang....ambik gambarlah, takut lak lepas ni hilang....kah-kah...apa lagi my husband pun baca isi kandungan kad tu pada anak2...siap ada pantun. Tersenyum2 anak - anak mendengarnya. Yelah...w.pun itu dah berlalu 12 tahun dulu tapi situasi tu baru di rasakan baru semalam berlaku....ini...kereta api pun dah panjang....cuma tak cukup 1 lagi 1/2 dozen....
Agak2 orang sekarang ada tak pakai kad lagi.........?

Jumaat, 4 Disember 2009

Zahra...punya karenah....




<











Bila bercakap pasal Zahra (anak ke 5)...pasti ada banyak perkara yang diingat...Tapi ada satu perkara yang kami tak boleh lupa...bila meragam..mak datuk....pening kepala nak menenangkannya....apakan tidak.Dalam ramai-ramai anak...zahralah yang kuat mengamuk...jangan sampai mengamuk kalau tak nak pening kepala....ada tak de, biarkan dia menangis sampai puas....pujuk tak jalan. Siap berpusing satu rumah,...bawah kerusilah...hujung hingga ke bucu. Last2 bagi dia puas menangis barulah pujuk....tu sahaja cara yang paling selamat. Untuk Zahra@ Lula@Lala@Lalula....emmmm...umi tunggu sampai Zahra besar baru senang hati. Untuk NURZAHRA HAFNIE- besar nati jadilah orang yang sempurna dalam segalanya....


Oh...Berdebar Rasanya....


Hari ini..satu perkara yang tidak dapat dilupakan.......kononnya nak upgrade/update/ and kemas kini....blog,satu pengalaman yang tidak mungkin boleh dilupakan. Kali pertama berjaya( download layout-free blogger)...dan cantik, tapi tak berkenan susunan..konon dan rasa terror..tukar lagi...wah! tunggu punya tunggu tak muncul-muncul..Apa ni. Cemas seketika...takpe cuba lagi. Konon nak kembalikan yang sediakala...tak boleh...terus mencuba. Undo dan terus undo...last-last kosong. Segala kandungan blog hilang. Cuba berhubung pihak admin..konon nak mengadu...leceh prosedur. Last2 give-up...Ya Allah..Tulah kalau belajar tanpa berguru, hanya explore and try-error.....Dah logout...termenung seketika. Anak2 bertanya "Kenapa Umi?"...."Semua hilang!!!!!!!!!!"....sedihnya..... Cuba tenangkan hati dengan buka Facebook...tak jadi nak godam lagi....nak kembalikan semua blog yang asal...sedih!!!!! kosong!!!!!!.....nak buat catatan takde...masakan ruangan edit/reka letak/catatan semua takde. Entah macamana...cuba lagilah...kalau tidak sia-sia masa berdepan dengan PC selama ini.Maklum cuti sekolah jelah boleh explore semua ni.......cuba..buka templete..."gantilah" kata hati ...saja2 nak try n error...tup!!tup!!! Yeah......dah kembali ke asal tapi yang dulu-dulu punya....Takpe gadget hilang takpe boleh tambah ..tapi kalau catatan hilang..PENING!...Alhamdullilah...masih ada widget yang ada...soo sambung n tambah gadget lain....

PENGAJARAN: BERGURULAH SEBELUM BELAJAR SESUATU......

Khamis, 3 Disember 2009

Taiping.....



Pada 25 Nov 2008, berkesempatan untuk melawat Taiping...alangkah seronoknya...suasana sungguh aman. Setibanya disana, sana-sini hotel penuh...maka terpandanglah Hotel Seri Malaysia...tanya punya tanya ada satu lagi bilik kosong...tak kisahlah ..kecil pun kecillah. Yang penting dapat tidur. Malam sempat singgah ke Zoo Taiping....malang hujan renyai-renyai...tak namapak pun haiwan. Siang anak-anak sempat bermain bot di tasik taiping...dan sempat melawat bukit larut. Entah bila agaknya akan ke sana lagi....

Anak-anak dan taman permainan...



Sudah hampir sebulan lebih...anak-anak tak pergi bermain di taman. Semuanya berpunca dari H1N1 dulu maka ketakutan untuk keluar rumah begitu tinggi, sehingga nak bermain diluar rumah pun tak dibenarkan.
Kesian mereka...hanya bermain komputer dan pondok2 di rumah. Namun hari itu (lupa) kami gagahkan hati membawa mereka ke taman untuk waktu yang singkat dalam masa sejam.Lihatlah betapa seronoknya mereka...w/pun jarak taman permainan (Tasik Sri Permaisuri, Cheras) hanya beberapa meter ( 1/2 km kot)...berjalan kaki pun boleh. Nak pergi gim terbuka pun tak sampai berapa ela je...seberang jalan je, Namun masa dan keadaan tidak mengizinkan....untuk anak-anak yang makin membesar....sabar-sabarlah...nanti satu hari umi n ayah akan bawa juga k...

Ikan Oh Ikan...


Memelihara ikan perhiasan memang minat suamiku.....sekarang abang (anak lelaki saya) sudah boleh diharapkan untuk menjaga ikan-ikan tu....nak harapkan saya..cuma pandai tuang anak ikan jelah nampaknya......kurang kesabaran!...Ikan belida sudah hampir 3 tahun lebih usianya...namun masih aktif. Pasangannya telah pergi(mati)..setahun setengah yang lalu....apapun masih berteman dengan si ikan kaloi (mak bawang merah)..hehehe.....Seronok juga sekali-sekala melihatnya, namun tak larat nak beli anak ikan.....pelahap rupanya si ikan belida. Setakat anak ikan RM 5.00 belum cukup untuknya. Tak sampai 3 jam...dah finish. ikan oh ikan...

Kisah Aku dan Kelantan....




Saya memang kurang dan tidak berkesempatan untuk mengetahui keadaan tanah Kelantan. Bagi saya Kelantan begitu istimewa sebab saya ada ramai kawan-kawan yang berasal dari Kelantan, apatah lagi ayahanda mertuaku memang asal orang Kelantan. Sebut Kelantan terbayang nasi kerabu dan laksam...sedap!. Pada Hari raya 2008....sekitar bulan Oktober maka berangkatkan kami( konvoi 4 buah kereta bersama keluarga mertua) melawat sanak saudara di sana. Bukan setakat Kelantan Malahan Terengganu juga (keluarga sebelah ibu mertua)...Seronok bukan kepalang. Walaupun bukan bercuti namun sekurang-kurangnya saya tahu akan struktur dan suasana di sana. Perjalanan yang jauh di rasakan dekat . Maklum pergi beramai-ramai memang menyeronokkan. Apalagi....semua keluarga hampir kesemuanya ada. Pernah saya dan suami berhajat ke Kelantan untuk bercuti namun tak kesampaian kerana bila bulan Disember..selalu banjir...takpelah mungkin satu hari nanti. .....

Kisah Sang Suami dan minatnya.....


Pernah dulu saya mendengar suamiku begitu obses dengan kuda hingga berangan-angan memilki kuda...Kuda oh Kuda....mana kita nak bela....hidup di KL tak sesuai...maka cerita dan angan itu hanya tinggal angan...sebab itu jika ada pameran/expo pertanian ada suara-suara mengajak saya pergi...nak tengok kudalah..kambing boer lah...exc. Maka sang isteri pun pergilah juga.....
Kini ada satu lagi minat terbaru....ahhhh..memancing pulak. Itupun setelah terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan...takpelah nasib baik pancing ikan kalau pancing lain...peninglah kita.Perkara yang amat menggelikan hati...ketika bersama rakan-rakannya memancing di laut dalam..sekitar Kuala Selangor. terfikir sehari suntuk berada di lautan pastinya..ikan-ikan segar kan dibawa pulang....wah!...terkejutnya sang isteri apabila yang dibawa pulang hanyalah adik-adik ikan...tersenyum sang isteri. Tulah...dari penat-penat memancing lebih baik beli ikan kat Kedai Pak Aji...lagi berbaloi. Mungkin keseronokan bersama rakan yang menjadi keutamaan bila bersama-sama memancing. Tak kisahlah....asal jangan terlalu kerap bersama rakan-rakan...kira keadaan masih terkawal. Untuk Sang Suami: Apa lagi hobi lepas ni.....selain yang utama tu...TIDUR!!!!!

Rabu, 2 Disember 2009

Kawan-kawan lama dan Room mate..MPSP



Tidak terduga selama ini...rupanya It mampu mendekatkan kita....pertama kali menerima sms from Zana n Madi...saya begitu teruja.....mereka mempelawa untuk join blog yang diusahakannya....kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan...bermula dari itu....maklumat demi maklumat tentang rakan dapat dikumpul....maka seronok bukan kepalang...dan yang paling kelakar..rupanya Iswani darlina...hanya bersebelahan sekolah sahaja....Itupun kami tak pernah jumpa.Namun kerana blog kami dapt berhubung..w/pun hanya sekali bertemu setelah Is akan bertukar ke Kelantan. Namun saya tetap di sini..K.L....semenjak posting dulu.
Dan baru-baru ini bertemu pula roommate masakat Penang (Junior) Norazlina Asari....La ada kat KL dah 7 tahun..Mengajar Kat SK Jalan Kolam Air Panas...seronoknya. Itulah It...menemukan kami. Untuk baiti , zana dan rakan-rakan MPSP..kalian tetap dalam ingatan....

Mengimbau Kenangan Di Sarawak..



Sekitar Disember 2007.....saya bersama rombongan cik kiah melawat negeri nun di sebelah timur Malaysia..SARAWAK....peluang diberi oleh pihak sekolah sempena anugerah SEKOLAH CEMERLANG 2007. GB berpeluang ke Jepun kami ..guru-guru biasa dan murid-murid yang banyak menyumbang kepada kecemerlangan diberi peluang melawat SARAWAK....Wow...seronoknya.masa ni..mengandungkan zahra (5 bulan)....tapi gagah juga nak pergi ... maklum dengan kawan-kawan lagi. Makanan yang lain..tentunya mi kolok dan umai...bedal je..inilah peluang nak rasa makanan tempat orang. Sarawak tak sesibuk mana maksud saya Kuching..not bad...aman damai....Agak-agak bila lagi nak pergi sana...mungkin dengan family kot satu hari nanti. Oh...Sarawak tunggu kehadiran kami....

Eagle Ranch Resort...PD




Pada 12-13 NOV 2009- kali ini tiba masanya..seperti tahun-tahun sudah..mengiringi murid-murid tahun 6 untuk lawatan, namun kali ini agak lain ....kena bermalam,seperti yang diketahui PD lah tempatnya.Kalau diikutkan lawatan akhir tahun untuk murid Tahun 6 jarang bermalam, tapi kali ini inginkan kelainan...apapun berkorbanlah nampaknya. Husband apply cuti untuk jaga anak...and the worst thing is...camne la si zara tu...maklum dia kecik lagi n brestfeeding...what to do....kerja. Maka berkorbanlah. namun Allah itu Maha Kaya...malam dia kurang merengek....selamat ayahnya....wah kalau camni tahun depan boleh join lagi....

Jamuan Akhir Tahun Sekolah....


Kali ini jamuan akhir tahun dibuat di Restoran Nelayan (Tasik Titiwangsa)...lunch...sebab nak buat dinner banyak masalah itu ini....keputusan di buat untuk memuaskan hati semua pihak maka lunch yang terbaik untuk membolehkan semau orang hadir.....okaylah. Setakat makan je..bukan apapun. Seronoklah..bukan sebab makanan, tapi sembang dengan kawan...masa ni ada anugerah..kelakar rasanya..apalah juga. Maklum itu sumbangan Dato' Wira Syed Ali Alhabshee sempena Sedekad Sekolah Bestari....dapat jam, banggle n pin. TQ semuanya.

Masuk Alam Dewasa....


23 NOV 2009- Isnin....abang bersama ayahnya membuat urusan seperti yang dijanjikan (bersunat/jawi).....walaupun hanya berdua tapi saya lihat dia okay....tak nampak takut...agaknya dah besar,lagipun kawan-kawannya ada bercerita...tak sakit pun-macam kena gigit semut....berdebar rasanya..yelah seorang saja anak lelaki.Perjanjian dah dibuat..segala urusan ubat dan pemeriksaan dibawah tanggungan ayahnya.Umi hanya urusan makan.......Hai , abang kena pantang makan untuk 10 hari le......

Makan Time.....


Pada 20 NOV 2009 - Jumaat, kami menuju ke Tanjung Harapan,Klang (Muara Seafood)....Mengimbau kembali satu ketika dulu.....ada orang belanja makan...sooo kali ini kali ke 3 ..pergi kerana nak menjamu abang yang bakal 'bersunat' pada 23 Nov 2009....maklum..kang masa berpantang tak boleh makan 'seafood'....kali ini apa yang tak boleh makan....kami orderkan untuknya.Kebetulan Mak Ilah n Zalilah juga ada....seronoklah walaupun agak jauh perjalanan semata-mata untuk menjamu abang.....Udang agak besar...sooo tak semanis bila digoreng tepung dibandingkan yang saiznya agak kecil.... Puas juga makan...sotong,siakap blablabla.....namun mana boleh selalu....sekali-sekala bolehlah.... W/pun ada orang kata tak sedap ...kami menuju tempat ni..kerana lokasi dan suasana..boleh tahanlah....

Selasa, 3 November 2009

Abang(nazrin)...ketika anugerah penghargaaan



Baru-baru ini (30 Okt 2009) nazrin ada menerima anugerah penghargaan sebagai Ketua Kelas.....dapt sijil dan buku nota....tak kisahlah..yang penting jadi anak/murid yang baik..

Kakak (wawa) dan anugerah kehadiran penuh 2009...


Tahun ini merupakan tahun pertama wawa dapat anugerah kehadiran penuh...Dah lama menunggu, finally.....u got it....

Sabtu, 31 Oktober 2009

Sofea...dan Hari Kanak-Kanak 2009


30 Oktober 2009...sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat Sekolah...Okay seronok juga tengok murid-murid enjoy... Kali ini Sofea menari tarian renek....kelakar tengok anak menari.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Bertongkat............


Inilah kakak, antara kawan karib di tempat kerja.....kesian,,baru-baru ni kaki terseliuh...walaupun bertongkat tetap ke tempat kerja..kerana mc dah abis....inilah namanya guru yang komited...kalau diukur daripada tempoh perkhidmatan cukup mengagumkan.....walaupun tinggal 6 tahun lagi untuk bersara tapi kekuatan, komitmen macam baru setahun bertugas...penuh semangat!...ini yang patut kita contohi. Buat PUAN NORLAILA ABU SAMAH kami tabik dengan dedikasi yang dipamerkan.

Kenangan 2009


Hari sesi bergambar bersama kawan-kawan di sekolah..........okaylah walaupun guna camera tak canggih mana namun masih boleh mengabadikan kenangan...

Khamis, 22 Oktober 2009

Hasil Kerja-Claymation...

April lalu.....kursus dalaman....diwajibkan, maka kami warga bilik JED ditunjukcara untuk membuat claymation -gabungan clay+animation = nampak mudah tapi remeh...Inilah hasil kerja warga bilik JED dalam tempoh masa yang singkat...................

Rabu, 21 Oktober 2009

Taiping.........

Melawat BUKIT LARUT.............. 15 tahun dahulu kami (rakan sekolej - MP Seri Pinang) pernah mendaki , senang cerita berjalan kaki menaiki bukit ini, namun sekarang setelah masa berlalu... lain ceritanya...naik landrover..mak datuk menakutkan...rasanya ini yang terakhir. Apa tidaknya cerun bukan setakat45 darjah, tapi rasa2nya adayang 90 darjah. Antara nak pening, muntah.... tak tahan.... Apapun inilah pengalaman namanya. Sesiapa yang nak merasa kegayatan silalah ke BUKIT LARUT.................

Selasa, 20 Oktober 2009

POLIGAMI...

Hari ini perbincangan santai antara kaum ibu dan bapa............
Isu poligami.... mudah saja lelaki punya alasan mudah...inginkan poligami kerana menyayangi isteri di akhirat nanti dengan menghadiahkan payung emas.... nampak simbolik.. PAYUNG EMAS.....namun perjalanan itu tidak mudah.... ada hati mampu menerimanya atau kerana terpaksa 'redha" atas dasar tuntutan agama. Tapi naluri semulajadi wanita...tidak mahu berkongsi kasih..... maka ada yang sanggup memilih jalan sendiri. Yang tiada kudrat harus menerima kenyataan w/pun pahit.................... demi anak. WANITA LEMBUT HATINYA SANGGUP TIADA 'HATI" LAGI DEMI ANAK2 YANG PERLUKAN KASIH SAYANG SEORANG BAPA....TAPI SIAPA TAHU, HATI WANITA ITU SEBENARNYA TELAH MATI SEBELUM JASADNYA MATI....

Ayam masak Kuning

1 Ekor ayam- potong dan bersihkan.
3 batang serai
1 inci halia
1 labu bawang besar, 4 biji bawang merah dan5 ulas bawang putih
1 biji kelapa
asam jawa
2 sudu ketumbar, 3/4 sudu jintan manis dan 1/2 sudu jintan putih
Cili padi - jika ingin pedas.
sedikit minyak untuk menumis...

Cara2:
1. Tumis bawang2+halia+ 1 batang serai+ ketumbar + jintan2 yang telah di'blend' hingga naik bau.
2. Masukkan ayam hingga nampak layu, masukkan sedikit santan cair hingga 3 suku masak.
3. Masukkan serai n cili padi, masukkan santan pekat serta garam dan bahan perasa(jika suka), juga masukkan air asam.
Jika telah berpuas hati dengan rasanya...dan dah masak. Boleh dihidang bersama nasi yang panas@...
SELAMT MENCUBA..............

Isnin, 19 Oktober 2009

Dah lama tak update............

rasa lama tak menjengah blog.....tak perasan masa berlalu pantas sekali...raya baru je habis....tahun ni takde rumah terbuka....ada perancangan lain. Anyway hidup terus kedepan...bukan toleh ke belakang.....