Ahad, 6 Disember 2009

Penghargaan...



Apa makna penghargaan?....macam-macam ada!. Terima kasih, senyuman, salam dan anggukan sudah cukup menggambarkan tanda penghargaan. Setelah 15 Tahun berkhidmat sebagai guru....tanda penghargaan untuk para guru ialah ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG. Kalau dulu-dulu siapa yang dapat anugerah , tangga gaji akan naik tak kira melintang atau menegak. Sekarang sistem dah berubah....dapat anugerah ganjarannya berbeza. Untuk rakan2 MPSP saya rasa mungkin dah banyak kali...kalian menerimanya..tahniah, untuk diri saya cuma 2 kali sahaja. cukuplah....orang yang melihat dan ALLAH yang menentukan. Setakat bisikan nakal/cemburu dengan anugerah ini biarkan....ALLAH yang mengetahui segalanya.
Anugerah/Penghargaan kali pertama untuk Tahun 1999- Khabar berita disampaikan oleh rakan,maklum masa tu tengah berpantang anak kedua. Syukur..Alhamdulillah,Tapi dalam hati berbisik...ALLAH tahu apa yang telah kita lakukan, bukan minta dibalas tapi itu urusan ALLAH. Sememamngnya sekolah lama (SK Pudu 2) ada mencalonkan..tapi reject, tak cukup servis/matang!...tak kisahlah.Bila masuk SK Bukit Bintang 1, rezeki diberi.
Anugerah Kali kedua pun diterima masa pantang anak ke 5 (Zahra)...itu untuk Khidmat Cemerlang 2007. Syukur....Sesungguhnya kita bukanlah yang terbaik, namum berusahalah kita untuk sentiasa`menjadi yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan