Ahad, 6 Disember 2009
Kisah Aku sebagai Guru
Bila ditanya apakah kepuasan semasa bekerja telah tercapai....untuk diri saya...jawapannya tak pasti. Setelah 15 tahun menjadi cikgu..banyak perkara telah dipelajari. Antara kebodohan yang tak akan saya lupakan bila tahun pertama memegang S/U PIBG, rasa2 tahun 1995...terlalu fresh...nak tau apa yang berlaku.....Masa lantikan itu, okaylah saya terima...orang dah bagi, ambik tanggungjawab. Tiba masa untuk mesyuarat induk kali pertama- tak ingat masa tu gantikan siapa..Maka AJK semua dah sampai...duduk-duduk...dan saya pun ikut duduk. Last2 YDP PIBG bertanya..kita go through saja minit mesyuarat lalu....semua orang memandang saya...saya pun terpinga-pinga2...kenapa?!!!! Laaaaa....saya tak taupun saya yang kena sediakan minit lalu!!!!! alamak, apa ni..saya ingat S/U cuma catat saja..bodohnya saya rasa ketika itu. Lagipun nobody tell me what should I do during the meeting, that was my first time....Oh Tuhan! malu tak terkata, nasib baik GB back-up...Oh , Haslimah orang baru...kah-kah-kah...saya malu tak terkira. Maklum masa tu ex-s/u didn't tell me anything!. Sooo berjalan mesyuarat tanpa minit!... Namun itu semua kenangan .Kadang2 benda kecil kalau tak ada sesiapa bagitahu kita pun tak tahu!...Tapi itulah pengajaran yang terbaik untuk saya. Dan nak tau siapa YDP PIBG masa tu....Masa tu En Ahmad Shabery Chik , now dah Datuk/Menteri Penerangan the latest Menteri Belia dan Sukan.
Label:
My Career...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan