Khamis, 3 Disember 2009
Kisah Aku dan Kelantan....
Saya memang kurang dan tidak berkesempatan untuk mengetahui keadaan tanah Kelantan. Bagi saya Kelantan begitu istimewa sebab saya ada ramai kawan-kawan yang berasal dari Kelantan, apatah lagi ayahanda mertuaku memang asal orang Kelantan. Sebut Kelantan terbayang nasi kerabu dan laksam...sedap!. Pada Hari raya 2008....sekitar bulan Oktober maka berangkatkan kami( konvoi 4 buah kereta bersama keluarga mertua) melawat sanak saudara di sana. Bukan setakat Kelantan Malahan Terengganu juga (keluarga sebelah ibu mertua)...Seronok bukan kepalang. Walaupun bukan bercuti namun sekurang-kurangnya saya tahu akan struktur dan suasana di sana. Perjalanan yang jauh di rasakan dekat . Maklum pergi beramai-ramai memang menyeronokkan. Apalagi....semua keluarga hampir kesemuanya ada. Pernah saya dan suami berhajat ke Kelantan untuk bercuti namun tak kesampaian kerana bila bulan Disember..selalu banjir...takpelah mungkin satu hari nanti. .....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan