Ahad, 6 Disember 2009

Untukmu....Anne (Allahyarham Rosniyati Md Yasan)


Bagaimana harusku tuliskan catatan ini.....Untukmu teman baikku semasa di maktab tiada apa yang ku lakukan kecuali Al-Fatihah buatmu.....Aku dan Anne memang rapat di maktab, w/pun berlainan jurusan dan kelas,malahan walaupun rumah berlainan. Tapi kami serasi....dia baik hati....itu yang mudah saya berkawan dengannya. Anne aku kenali ketika sama2 mendaftar,dia yang menegurku ....semenjak itu kami rapat. Kalau dia tidak bersama teman sekelasnya pasti kami akan berdua berjumpa. Entahlah....bagiku Anne orangnya baik itu sahaja. Pernah di maktab di meminati bidang fotografi...masa tu Anne mampu membeli kamera idamanya...more than 1 thousand....dia sanggup membelinya semata-mata sukakan bidang ini. Seperti yang sedia maklum,Anne berkawan dengan teman sekelas Zuraimi Ahmad...sehinggalah mereka berkahwin. Aku sempat menghadirinya majlis perkahwinannya....Setelah masing2 posting ke tempat yang ditawarkan Anne dan Zuraimi posting di Melaka (negeri kelahiran Anne). Maka..bermulalah jarak pemisahan kami.Masa tu h/phone belum popular....mahal gila dan besar cam botol air. Ada tak de kami berhubung dengan telefon biasa....Masa berlalu...aku kurang berhubung,maklum masing2 sibuk.Ada juga suara nakalnya berbisik...amboi tak ingat kawan katanya..Oh tidak!...w/pun tak berhubung namun kenangan kita di Penang tetap dalam ingatan. Dua kali aku pernah ke rumah orang tua Anne di Kg Tedung ,Merlimau.
Setelah aku berumahtangga pada 1997, sekitar 2003/2004 aku sendiri pun sudah lupa....aku menerima panggilan telefon dari sahabatku dari Kedah ..Kak Shamsiah Darakta...Aku teruja..kebetulan aku tak pernah menerima call darinya...namun aku begitu terkejut...dia mengkhabarkan Anne telah tiada...Hingga kini setiap kali teringatkannya bergenang airmata ini....sesungguhnya Anne..aku terkilan,kerana aku ingin berjumpa dengannya dan mengajaknya turun ke KL.....namun yang pasti itu semua tidak akan berlaku. Banyak kenangan antara kami..yang lucu yang sedih semua ada.Namun kami tak pernah berkecil hati....biarlah ia tetap menjadi rahsia dan memori antara kami....

Pernah juga aku bertembung dengan Anne di UKM...kebetulan peperiksaan. W/pun aku yang dahulu mendaftar di UKM namun aku banyak menangguhkan sesetengah subjek..maklum sudah berkeluarga dan aku tak reti memandu....Anne masih macam dulu juga... Dan berbalik kepada kisah khabaran berita yang dia telah tiada...aku terduduk!...tak terkata. Mujur suami ada...aku tak mampu menceritakan kepada suamiku namun dia faham..hanya airmata yang mengalir..aku cuba menghubungi Zuraimi...kenapa jadi begini...Oh Tuhan , anne keguguran anak ke 2,dan pendarahan.Itu puncanya.Memang sedia maklum,Anne agak lambat untuk peroleh cahayamata,banyak ikhtiar yang pernah dilakukannya. Alhamdulillah Anne dikurniakan cahayamata (putera) tak silap saya. Namun rezeki kali kedua tak kesampaian ...pergi bersama ibunya....Untukmu ROSNIYATI MD YASAN...biarpun kau telah tiada namun ku rasakan kau tetap ada.....Sayang Selalu untukmu Arwah Anne....AL-FATIHAH.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan