Selasa, 22 Disember 2009
Abadi Dalam Kenangan............
20 Dis 2009 - Jam menunjukkan pukul 8.23 mlm....antara lelap dengan tidak...telinga masih mendengar buletin utama..namun tak ku fahami...fikiran melayang,maklum maghrib tadi baru sahaja sampai dari PD....." Umi telefon...." kata anakku...panggilan dari adik yang jarang aku terima jika tiada perkara mustahak......khabar sedih kuterima - Firzana Nursyahirah bt Anuar telah dimasukkan ke ICU..kami maklum dia memang sakit, namun tak ku duga sejauh ini akan berlaku.....berbincang dengan suami, perlu bertolak ke Melaka malam ini juga.....Bergegas berkemas apa yang patut...maklum beg dari PD tadi masih berlonggok di ruang tamu..arah anak2 bawa apa yang patut....tidak sampai 40 minit...panggilan sekali lagi aku terima...meremang aku.....apakah jangakaan ku benar?...suara tangisan adikku...mengkhabarkan Firzana telah tiada.....Oh Tuhan...tak terucap dek kata-kata kerana inilah kali pertama aku kehilangan seseorang yang dekat denganku selain datuk dan nenek.Dia terlalu muda baru menginjak 3 tahun (Feb 2010) nanti. Setelah dikesan saluran yang membawa protein di dalam buah pinggangnya terlalu nipis dan bocor menyebabkan susuk tubuh sedikit berubah, dan arwah sentiasa berulang-alik ke hospital. Siang tadi hajatku tak kesampaian untuk melawatnya setelah adik menyatakan "Tunggu Firzana sihat sikit" mungkin tidak mahu terganggu dengan kehadiran pelawat.........Jam 12 lebih malam aku tiba di Putra Specialist Hospital Melaka dan sempat menunggu jenazah arwah dibawa, pulang....tiada apa yang mampu aku lakukan kecuali memberikan sokongan buat adikku....Untukmu anak buah Makde - ARWAH FIRZANA NURSYAHIRAH BT ANUAR..... Bersemadilah sayang....pergimu bukan untuk ke mana....pergi hanya meninggalkan kami dan pergi untuk berada di sisi Yang Maha Esa.....Kehilanganmu hanya di mata.....kakak tetap segar dalam hati dan kenangan kami......Taqdir kakak lebih terjamin...pintu syurga terbentang luas untukmu..Itu janji Allah....Untuk kakak....kami mendoakan yang terbaik untuk kakak...sayang selalu..AL-FATIHAH
Label:
In Memory....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan