Khamis, 10 Disember 2009

Kenangan di SK (P) Pudu 2,KL- Part 2

Setelah lebih kurang 5 bulan menyelesaikan praktikum...bermulakah era baru. Aku kini sudah bergelar guru sebenar (Disember 1994)....maklum dah habis pengajian. Maka beredarlah mendung dan beraraklah dunia kelabu hidupku......Aku sudah mula merasai keseronokkan bekerja....maklum aku telah diterima baik oleh semua......termasuk GB yang dot..dot garang tu. Kakak-kakak 3 orang yang selalu jeling2,bisik2,perli2.....mula baik denganku...maklum aku agak kedepan orangnya...pandai sikit dalam komputer w.pun setakat yang 'bodoh-bodoh' je. Dan aku rasakan aku tidak berat tulang...maklum masa tu aku anak dara...balik pukul 9 malam ke atas pun takpe......Teringat aku ketika Datuk Rashid Sidek ingin mengunjungi sekolah kami....banyak persiapan yang perlu dilakukan.....aku tak kisah..seronok melakukannya.....



Kini warna-warna pelangi hidupku mula menyinar...di sini di PUDU 2 aku banyak menimba ilmu.......maklum sekolah kecil setakat murid 500 lebih dan jumlah guru 27 lebih maka komunikasi kami setakat kelompok itu sahaja. Tiada guru lelaki...maka segala kerja mengangkat...membuat pentas untuk Hari anugerah Cemerlang ke mula sinonim dengan hidupku......Sukar untukku mengingat jawatan apa yang mula-mula ku sandang selain S/U PIBG...nanum yang pasti banyak kenangan dan tugas yang perlu aku buat. Di sinilah aku mula memegang peranan sebagai guru kelas Tahun 4. Sepanjang 1995 -1998 aku berada di PUDU 2 banyak juga jawatan dan pengalaman yang perlu aku tempuh...Aku pernah bergelar Guru Pusat Sumber, Guru SPBT, Guru RMT/Susu, Guru Bola Jaring , Guru Pemulihan, Guru Tahun 1, S/U Sukan,Guru Emis (masa itu Emis baru diperkenalkan), S/U Pep (pendaftaran menggunakan komputer baru diperkenalkan), Guru Agama ( masa tu ustazah tak sampai lagi)belum lagi jawatan kecil-kecil macam ahli panitia itu ini.... dan yang paling hebat aku memangku GPK Kokurikulum...kah..kah..kah kelakar rasanya. Apakan tidak, mana boleh pegang jawatan GPK kalau belum disahkan lagi...Namun kepercayaan diberikan padaku memandangkan aku mudah ke sana-sini...tiada kekangan.


Teringat aku ketika menjadi S/U Sukan....nak tahu...sebelum hari sukan..padang perlu disiapkan....ha..masa nilah aku belajar dengan Abang Zairi (tukang kebun) macamana nak buat bulatan untuk larian......guna minyak hitam...tolak alat macam mesin rumput....tolak dan tolak hingga siap satu padang...seronoknya....Maklum sekolah kecil banyak benda terpikul dibahu kami semua. W/pun penat tak jadi masalah....untuk memandaikan diri bukan senang. Sebab itu bila ke sekolah baru.....aku tak terkejut dengan semua itu...Alah bisa tegal biasa. Ketika inilah aku melatih senamrobik.....seronok!...latih bola jaring dll...

Satu keinsafan berputik dihati masa mengajar murid pemulihan......Ajar ABC sahaja....mula2 boleh esok lusa lupa lagi....cabaran sungguh. Belum suku kata KVK,KVKV, KV...semua berterabur...ajar jangan tak ajar.....tak kisahlah....itu rezeki mereka.Tapi kelebihan mereka ...rajin dan suka menolong orang.
Di PUDU 2 jugalah aku banyak diberi peluang....menjadi MC ketika ada function, hinggakan Datuk Ahmad Shabery menawarkan aku untuk menjadi MC di majlis besar......aku tak berani. Terima kasih atas penghargaan... Pada 1995 ...bermulalah era bagaimana aku terlibat dengan subjek Sains...aku dihantar berkursus untuk Orientasi Sains Tahun 5...maka semenjak itu BM seakan menjadi subjek kedua w/pun pengajian aku adalah BM....Ketika UPSR kali pertama 1997 mengandungi subjek Sains akulah yang mengajar SC tahun 6 di sekolah ini.....masa itu semua in BM. Hingga sekarang SC seakan subjek major aku...w/pun BM masih dalam senarai. Di sekolah ini jugalah aku seakan diterima semua....semuannya berkawan...gembira.Tiada hasad dengki...sikit2 tu perkara biasa...hinggakan untuk mencuci pinggan pun kami sama -2 bekerjasama. Tiada yang berat tulang.

Cuma satu peristiwa sedih..yang tidak mungkin ku lupa...peristiwa perselisihan faham antara aku dan cikgu baru...w/pun dia lebih tua dariku...bermula atas arahan GB untuk aku menegur persembahan Coral Speaking yang dilatihnya...mengundang padah....dia salah faham...agaknya tak senang dengan komenku...tapi aku berkata dengan baik itu sahaja...bermula dari itu...dia tak bertegur sapa...w/pun aku senantiasa bersangka baik..selalu menegurnya..cuba meminta maaf namun...kesudahannya dia pasif. Akhirnya aku mengalah....takpelah mungkin dia tak sudi berkawan ....hinggalah aku berpindah...Ada juga cikgu baru yang lain yang agak agresif bercakap ikut sedap....semua dia komen...macam dia yang terbaik...sehingga aku mengalah untuk memberi ruangnya untuk 'membebel'...Dapat kurasakan dia antara pendorongku untuk aku berpindah dari PUDU 2 selain aku ingin meningkatkan prestasi diriku.......Di PUDU 2 jugalah aku mula belajar secara PJJ di UKM (1996) setahun selepas menjadi guru yang 'betul'....Macam2 telah kulalui.....penat rasanya menuliskan ini semua ....mungkin akan ku titipkan lagi di catatan akan datang................



Tiada ulasan:

Catat Ulasan