Selasa, 22 Disember 2009

Cuti-Cuti di Port Dickson

19-20 Dis 2009- 16 keluarga menyertai percutian bersama, mana lagi kalau bukan PD.... Segala urusan dilakukan oleh tempat kerja suami...seronok dalam perjalanan , maklum ramai-ramai. Saling kenal-mengenal isteri rakan-rakan suami. Maklum jarang jumpa......Dapat bilik betul-betul menghadap laut( Bayu Beach Resort)...seronoknya. Lepas check-in hujan masih menderu.....sejak jam 10 lebih...aktiviti sukaneka tergendala..takpe. Suami cadangkan..mandi laut..w/pun hujan....kalau tak rugi. Ikut sajalah............
Petang, suami and`the gang...main bola pantai....tengok jelah dari koridor. Malam...barbeque time....makan!. seperti biasa...semua ada. Anak-anak kurang makan...tak tau kenapa...nasib baik cuaca okay.....biasalah Zahra mula angin...boring agaknya. Sembang-menyembang......sampai jam 10 lebih...
Pagi,lepas sarapan aktiviti Sukaneka...seronoklah anak2...maklum mereka antara yang paling besar sekali. Mesti menang.....okaylah tu, bagi can kat adik2 kecik yang lain pulak Dapat present sebelum balik.......penuh dengan junk-food...siap dapat beras pulut sebab menang sukan ikat kaki...hehehe...
Masa yang ditunggu...mandi kolam...sampai 11 lebih, seronok anak-anak - tak ingat dunia rasanya, puas mandi...masa untuk pulang... seperti biasa urusan check-out. Hajat ingin ke Melaka melawat anak buah yang sakit....tapi tak kesampaian...."tunggu Firzana okay sikit"...kata ibunya.
Apapun....keseronokkan percutian hanya sementara bila dikejutkan dengan berita sesampainya di rumah lepas maghrib.....dikhabarkan...anak buah sakit tenat @ICU.....MasyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan