Bila teringat SK (P) Pudu 2,banyak kenangan yang telah aku kutip.....bermula apabila batch kami dijadikan sebagai bahan ujikaji di mana semester akhir (sekitar Jun 1994-Nov 1994) ,kami telah pun ditempatkan di sekolah-sekolah yang dipohon. Maksudnya....belum pun kami selesai / menghabiskan pengajian kami telah di'posting'kan. Banyak kenangan......manis, pahit, suka, duka dan keperitan hidup tanpa banyak sokongan. Teringat aku ketika mula mendaftarkan diri....antara ayat yang terpacul dari mulut GB ketika itu " ha....baru nak daftar...kenapa tak telefon dulu...blabalabala...." perit telinga mendengarnya. Yelah...kita patuh arahan...diminta mendaftar pada tarikh yang tercacat. Sedih masa tu...dahlah kita pun tak tahu dimana lokasi sekolah tersebut...datang pun masa tu...tersalah sesi. Rupanya masa tu Pudu 2 sesi petang.Betapa takutnya aku ketika itu......tinggal di KL tanpa ada saudara mara,hanya kawan lama semasa Form 5 dulu yang membantuku. Di KL aku tinggal sekali bersama sahabatku....Alhamdulillah...teman2 serumah semuanya baik-baik belaka. Antaranya Roha, Salina, Ita, Ina.....namun rakanku yang menolongku melanjutkan pelajaran,menyambung pengajian dalam Ijazah Pendidikan ...Azmiah Ismail namanya.
Berbalik kepada cerita bagaimana peritnya ketika itu...praktikum- banyak tugasan yang terpaksa disiapkan.Sebut sahaja mahjung paper...pasti rakan2 akan tergelak.Maklum masa tu ms power point ke, word belum meluas lagi. Tidak seperti sekarang pelatih maktab tidak seperit dulu....dulu flash-card buat sendiri.Mahjung paper seakan wajib. Setiap hari mesti ada BBM (bahan bantu mengajar) jika tidak...takut...manalah tau pensyarah datang mengejut. Seawal pagi aku....aku harus menulis,melukis gambar atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan P&P hari itu. Setakat tidur 2-3 pagi biasalah......dahlah kena datang awal perlu menyiapkan mural dinding....sifir,gambar pemandangan dll.Itu semua kenangan....Walaupun aku bukanlah cikgu zaman dulu...namun teknologi yang ada kini belum popular masa tu.
Satu lagi keperitan......untuk membuat salinan...sekolah belum ada mesin fotostat...apalagi mesin rezo. Terpaksalah kami guna stensil (kertas biru ) dan perlu ditulis tangan atau ditaip.....sudahlah demikian terpaksalah kami gelek untuk perbanyakkan ....mengguakan mesin yang menggunakan ink hitam- habis baju2 ku ketika itu. Nasib baik setelah berminggu-minggu baharulah aku sudah pandai mengadaptasikan diriku dengan sekolah. Aku begitu baik dengan guru pembimbingku GPK 1- dialah orang kurasakan terlalu baik denganku....banyak menasihati dan menolongku. ALLAH itu MAHA KAYA...pasti melihat kesusahan dan kesungguhanku...Maklum aku dipantau dinilai oleh pensyarah IBKL yang aku tak pernah kenal...kali pertama berjumpa okaylah...namun saat-saat akhir pensyarah ni pelik sikit....tak perlu ku ceritakan aib orang. Namun yang pasti dia lelaki hidung belang. Nasib baik GPK 1 tahu tentang latar belakangnya. W/pun pensyarah tadi emosi ketika mengisi markahku...tapi GPK 1 memberi semaksimum yang mungkin....maklum dia pun tahu apa yang telah kulakukan. Terima kasih ALLAH.
Ketika itu seawal 11 lebih aku sudah terpacul disekolah.....w/pun sesi persekolahan pulul 1 lebih. Maklum banyak kerja sampingan yang perlu aku buat......Banyak wang dilaburkan...keluarga banyak membantuku (kakak & abang) .....setakat tak cukup duit perkara biasa...namun yang pasti, aku memikul peranan dan tanggungjawabku dengan sepenuh hati.
Ketika menjadi pelatih...banyaknya cabaran..buku rekod harus ditulis panjang, macam buku cerita .... siap terangkan langkah demi langkah...oh!!!! penatnya. Tak sanggup lagi aku mengulangi detik itu......
Tapi ada keseronokkan ketika di Pudu 2...waktu membeli makanan...ha.masatu tauke kantin Cina, maklum ramai muridnya kaum Cina...kami perlu membeli makanan di luar....masa nilah masa yang aku suka....beli makanan dengan makcik yang berjual berdekatan pintu belakang....murah...sedap. Aku memang sukakan cara masakannya....kini tiada lagi...dan tak boleh ku lupa..masakan lalanya...dan aku telah pandai memasaknya sendiri.
Menyebut tentang penangkutan ke sekolah...aku harus menaiki bas mini no 25 dari kg Pandan.Masa tu aku menetap di DESA PANDAN BLOK 12.....disini jugalah aku bertemu dengan orang kananku (suami) yang merupakan jiran sebelah rumah....namun kami tak pernah bertegur sapa maklum dia pemalu....berbanding aku yang mulut becok...selalu say hai n hello pada kawan-kawannya yang lain.
Khamis, 10 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan