Selasa, 8 Disember 2009

Oh..Susahnya...




Hari ini masuk hari ke 3 cerita bagaimana susahnya untuk mengajar anak untuk tidak memakai lampin pakai buang(diaper)....Sudah pasti kisah ini menceritakan tentang anak ke 4 ku...Nursufi Saffia. Pening kepala dibuatnya,bagaimana nak melatihnya untuk tidak bergantung kepada lampin pakai buang. Kali ini musim kedua melatihnya, setelah session pertama gagal dalam misi. Nak diceritakan pada kali pertama dulu..terkencing dalam dalam seluar entah berapa kali siap buang air besar. Last2 give-up. Kini , percubaan perlu dibuat memandangkan cuti sekolah kini...Hari ini 2 kali dia terbuang air kecil. Tak pelah sabar....maklum umur pun dah masuk 3 tahun 5 bulan dah. Wajar dah dilatih untuk berdikari...Nak dijadikan cerita pening dan naik angin jugalah...kakak-kakak dan abangnya memberi arahan.Menangis pagi tadi nak pakai diaper...pujuk memujuk lama juga.Hai entah bila Sufi akan pandai...Hai Sufi w/pun dah pandai cakap bab ni ...susah benar nak ajar. Entahlah...perlu kesabaran yang tinggi!...apa2 hal tak nak orang lain buat...umi juga yang perlu buat. Kalau nak susu bukan main lagi....pandai ! siap bagi arahan- susu..milo...cawan, kadang2 lain bunyinya milo, cawan dan straw.Hah!...bab yang ni boleh pulak....Anak..oh anak....Ayah dan umi dah penat jadi pelanggan tetap lampin pakai buang sejak 1998....non-stop sampai now...agak2 kalau dikumpulkan penuh satu rumah..siap boleh buat tilam kot....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan